Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Ahad, 16 Julai 2017

Nasi Goreng Philips Pressure Cooker

Duduk dirumah hanya ditemani Rara dan Mell. Yang lain balik kampung Lidong. Suami kata saya tak perlu ikut sebab kasihan pada Rara yang masih under recovery. Kerap demam.. maybe salah kami yang selalu bawa dia merata tempat. ๐Ÿ˜‘

Bila tiba tengahri. Punyalah rasa malas nak masak. Meggi adalah paling mudah nak masak tapi saya berhasrat kurangkan pengambilan bahan tinggi pengawet. Jadi terpksa masak juga jawabnya. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Dalam pada terasa malas nk masak nasi utk 1 org makan (rara dan mell dah ada nasi lembik masak guna elb).. saya terpandang PPC dan teringat kak Hana Seman update dlm fb dia masak nasi goreng-  KPT 7 minit mode steam guna PPC.. why not? Nampak mudah jugak.

So.. bermula dgn sesi tumbuk bawang, potong bawang bombay, ikan bilis.  

Start memasak on bake fish mode. Tumis bahan2.. dan masa tu baru perasan takde bau belacan. Lupa tumbuk belacan daaaa.. takpa.. masukkan belacan dlm bahan tumis.. then masukkan telur. Kacau2 sampai naik bau. Masukkan beras pula. Kacau sampai bercampur semua. Baru masukkan air. Sukatan air 1 cawan beras : 1 1/2 cawan air. Kacau lagi dan tutup penutup periuk. Off baked mode. On steam/stew mode. Set KPT 7 minit dan on.

Sambil tunggu nasi masak. Saya basuh dan kemas dapur. Siap basuh kemas.. nasi pun masak.

Ya.. rasa nasi goreng ppc tak sesedap nasi goreng atas kuali dapur. Tpi ia sangat mudah disiapkan dan boleh la jadi alas perut mak anak 4 yg lapar. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Nampak tak seketul belacan yg lupa nak tumbuk tadi. Saya tenyeh je. Hahahaha

Masuk beras bersama bahan tumis

Masuk air. Off kan baked mode dan on steam mode KPT 7 minit

Siap utk dimakan. Nasi goreng sukahati namanya



2 ulasan:

idzwa kamaruddin berkata...

fuhhh mudah n cepat!

dorsett pink berkata...

Wow!! Nice review!