Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Isnin, 5 September 2016

Merasmikan Real Bubee Double Breastpump

Entry berkaitan sebelum entry yang ini boleh klik kat sini.


Pam ni memang murah. Harga ready stok RM120 beli di FB: Khalish Baby Shoppe. Kalau pre order lebih murah tapi saya bukanlah manusia yg sabar menunggu. Hehe. Tambahan saya bercadang nak servis medela fs saya. Pam spectra 3 masih sihat. Tapi tak larat nak usung ke hulu ke hilir. So, saya tak fikir panjang dan beli je real bubee ni. (2 minggu gak nak fikir).

O ya. Ada juga tanya. Kenapa tak beli di Lazada. Sebab harga murah. Jawapan saya. FB Khalis Baby Shoppe (KBS) ni adalah recomended dari sahabat saya Fauzlina. KBS juga beri 1 bulan waranty berbanding lazada takde waranty (saya dah check yg dari lazada). Dan di lazada takde ready stok. Yg ada pun harga dlm RM120 gak (buat masa ni. Lain hari mungkin lebih murah). Dan.. yg paling saya suka adalah after sales service. Lazada takde. :P

So, komen pertama saya bila buka bungkusan. boleh refer sini
  1. Bungkusan kemas. Ada kotak.
  2. Moto pam comel dan ringan. Mcm pegang mouse je. Hehe..
Sampai di rmh petang semalam, dgn penuh kesabaran di dada.. saya basuh breastshield guna sabun dan rendam dlm 10min guna air suam yg diletak sabun juga. Saya tak steril sebab berdasarkan pengalaman, ada part agak sensitif bila di steril terutama membran yg getah tu. Kalau kembang, boleh menganggu suction.
Ingatkan nak test pam real bubee sebelum tidur. Malangnya terlupa dan saya berlayar hanyut sampai pkl 430 pagi. Kehkehkeh.. Dipendekkan cerita. Saya test juga pam real bubee ni pagi tadi sebelum pergi kerja dan selepas df cik Rara.

Review saya bahagikan kepada pro & cons. Kita mulakan dgn pro.

PRO:
  1. Moto pam ringan dan kecil.
  2. Dual pump. Cepat masa mengepam
  3. Ada 2 phase. Stimulation phase dan extraction phase. Stimulation phase (lampu pam warna merah) dan suction lembut kerap dan geli2 sikit. Hehe.. bila dah merasa LDR, saya tukar ke extraction phase (lampu pam jadi hijau). Suction jadi panjang tapi perlahan. Susu keluar dgn baik.
  4. Suction tidak menyakitkan.
  5. Guna USB so boleh pakai powerbank.
  6. Mudah dpt LDR
  7. Pam berhenti dengan sendirinya selepas penggunaan 30 min directly
CONS:
  1. Bukan pam heavy duty. So pakai berpada2. 3x 15min sehari should be ok.
  2. Breastshield dia comel dan pendek. Jika jenis nipple panjang, mungkin penuh je leher breastshield. Hehe.. tapi untuk saya, tidak ada masalah walaupun nipple jenis panjang. Ada lagi 2mm nak cecah. Lol.
  3. Tidak ada timer. Yelah. Nama pun pam bajet. Kalau nk pam. Sila mengadap hp atau jam.
  4. Tak tau suction level berapa. Adjust je sampai rasa selesa. Saya kira manually semua ada 9 level. Saya pakai level 8 dan 9. LOL. Ganas tak.. tak ganas lah. Suction dia lembut bagi pengguna spectra dan medela fs (medela saya pakai level 6 dan 7).
  5. Bunyi kuat juga. kalau tekup kain dan bantal boleh dikurangkan bunyi dan takla ganggu anak kalau mengepam di bilik tidur. Saya rasa kalau simpan dalam beg atau laci mungkin bunyi tak kedengaran.
Kesimpulannya.
Pam murah real bubee ni superb. Saya sangat berharap moto dia tahan lama. Beli barang murah bukan boleh campak2. Saya sendiri layan pam ni mcm puteri. Masukkan dlm coolerbag medela fs. Ada masa nanti saya jahitkan beg khas ada batting utk pam ni. Sapa nk order beg utk pam ni boleh hubungi saya. Kehkeh.. sempat lagi promo.

Review : 5 bintang utk pam MURAH REAL BUBEE. Terima kasih juga kepada KBS

lampu merah menandakan stimulation mode. sedutan geli2 sikit. hehehe
lampu hijau menandakan extraction mode. adjut butang (+ atau -) utk dapatkan level yang selesa
leher breast shield yang pendek. Hati2 bagi yang mempunyai nipple yang panjang.
Hasil pam pagi tadi. dicampur dlm 1 botol. dapat 4 oz. Bahagianya.. pam selama 15min
Sementara nak dapatkan 'rumah' baru untuk dia, saya masukkan ke dalam coolerbag medela. hehehe

10 ulasan:

dorsett pink berkata...

beli pam baru??? hebat.

ANIS SURYANIE berkata...

dah 2-3 hari usha pump ni kat shopee.
harga rm50 sbb direct shipping dr china
eta 2minggu jugaklah. hahaha. bercinta lah menunggu.
shipping cost rm1.90.
50-50 nak ngan taknak beli.

so skang thanks lah kat awak sbb buat review ni, so
nak proceed ngan buy now je lah. hehehe.

Tanpa Nama berkata...

Mana ade auto berhenti sndri..i sejam terlelap still on aje dia

Husnima berkata...

salam.. nak tanya suction dia ok tak? dan pump dia takleh tahan yer lebih dr 2 tahun?

anifah berkata...

Sy br beli online lazada.. murah hanya rm80.90, ambik masa 3hari shj dah smp dlm keadaan baik dan slmt. Mmg berbaloi nk banding pam sblm ni yg menyakitkn. Alhamdulillah.. ��

ieyna nasir berkata...

Sy baru beli dkt shoppe rm30 postage rm10..beli hari jmaat..isnin brg smpai.mmg murah sgt brbnding lazada.

Nur berkata...

Beli kat website mana?

Unknown berkata...

Sy bru beli...tp mcm rosak je.ke sy silap tekan..atau moto dia rosak.ay beli dr lazada

annesse berkata...

Sy cari dlm shopee dh xde hrga tu dgn postage 10.. Huu

Syaffiqah Rahman berkata...

Hi Sis,

Saya nk tanya, macamana dgn ketahanan pam ni setakat ni?