Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Jumaat, 15 Ogos 2014

Sudah Seminggu Diet Atkins. Berapa KG Penurunan Saya?

Officially saya sudah seminggu DA. ikutkan sebelum ini saya kata saya start pada 5 Ogos (Selasa) tetapi ada berlaku kesilapan. Maka saya betul2 start DA pada 8 Ogos (Jumaat).

Sepanjang tempoh seminggu induction DA saya hanya makan telur, ikan dan sayuran hijau. Ayam dibenarkan tetapi saya bercadang akan makan ayam selepas 2 minggu induction dan akan meneruskan fasa induction sehingga tahap BMI yang saya mahukan.

Update Penurunan KG:
Semalam sampai je kat rumah saya terus capai penimbang. cakkkk! Hanya 3kg je turun? Tak dpt digambarkan kehampaan kerana saya berharap saya akan nampak penurunan yang banyak kerana saya sehabis daya mengikut peraturan pemakanan DA. Terus saya post kehampaan saya di dalam group Whatsapps bersama Oliy... oliy ohh oliy.. kenapa org lain boleh turun 5-6 kg seminggu? kenapa saya hanya 3kg?

Jawapan Oliy (siap hantar voice record lagi. begitulah gigihnya sifu saya):
"Maybe akak kurang workout. Lemak badan akak jenis pejal. jadi akak memang kena workout. Jika akak nak tau sama ada lemak akak pejal atau tak cuba picit lemak akak. kalau keras tandanya pejal"

Cepat2 saya picit. ya... lemak keras kat bawah lengan, betis, paha. hanya lembut kat perut je. maybe yg turun 3 kg tu di bahagian perut. hehehe.. syabas kat perut. sila la turun lagi ya sampai dikau kempis.

Cerita pasal workout. Memang saya tak sempat nak buat. Tpi demi nak kurus saya akan curi2 masa. 3 kali seminggu ke. Workout selepas 2jam makan. ha.. itu nasihat sifu Oliy.

Oh ye. Ketone Strips saya dah sampai. Hasil titisan urine saya kelihatan DA saya betul kerana ia bewarna purple. Tetapi ia terlalu gelap. Maksudnya diet saya agak membahayakan buah pinggang saya dengan kadar hormon ketosis yang terlalu tinggi. Ia bukanlah serius sgt tetapi saya kena ambil tindakan dengan minum lebih banyak air iaitu 1liter utk setiap 25kg.

Ketone Strips

Result Strip Terlalu gelap. Cepat-cepat Minum Air dengan Banyak


Gambar terkini hari ke 6 Diet.
Ada berlaku inch lost sebab baju ni muat tanpa perlu pakai korset. 

Tiada ulasan: