Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Khamis, 7 Ogos 2014

10 Sebab Kenapa Saya Mahu Kurus?


1. Saya mahu cantik bila berdiri di depan cermin tanpa sehelai benang pun.
2. Saya mahu berat badan yang ideal. Sesuai dengan tinggi saya.
3. Saya mahu bertenaga untuk mengejar anak2 saya yg tenaganya.. ya ampunnn... 
4. Saya mahu guna semula pakaian saya yg bersaiz S yg selama ini saya simpan sebab ketat.
5. Saya mahu cantik duduk sebelah suami saya yang kacak.
6. Saya mahu bermain badminton dengan suami saya tanpa mudah rasa penat.
7. Saya mahu balik kampung dan tiada lagi kedengan suara mengatakan saya gemuk.
8. Saya mahu sentiasa kelihatan cantik tanpa kehadiran lemak2 yang hodoh.
9. Saya mahu suami saya puji saya cantik dan bukannya asyik puji Nora Danish.
10. Saya mahu tingkatkan keyakinan saya bila mendapat berat badan yang saya kehendaki.


Setiap yang dipelajari harus ada sifu. Selain daripada Google, saya juga merajinkan diri membaca info dari FB, berbincang bersama rakan-rakan seperjuangan dan yang penting sekali jika nak berjaya kena ada Guru.

Maka
-
-
Awek cun inilah guru saya!

Oliena Omichel
(Fatin Najwa Mohd Baki)



Tiada ulasan: