Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Rabu, 20 April 2011

Apakah Itu GOOD FRIDAY?

Semasa submit borang cuti semalam.. ada kawan bertanya.. Good Friday tu apa?
Ermm.. baru teringat.. kat office ni saya sorang je Kristian. hehehe..
so, ramai yang tak tau.. okieshhh.. saya akan terangkan berdasarkan kepada kepercayaan agama saya iaitu KRISTIAN.

Tahun 2011 ni Good Friday jatuh pada tarikh 22 April.
Hari Good Friday dihormati di Sabah dan Sarawak dengan menjadikannya sebagai cuti umum.
Maybe jumlah penganut agama Kristian di Sabah Sarawak adalah lebih ramai berbanding dengan Semenanjung..

Apapun,, bagi penganut agama Kristian di Semenanjung biasanya akan apply cuti untuk menghormati tarikh / peristiwa ini.



Apakah Itu GOOD FRIDAY?
GOOD FRIDAY adalah hari dimana umat Kristian memperingati kematian Nabi Yesus Kristus di atas kayu Salib. Pada hari tersebut.. Nabi Yesus disalibkan pada pukul 12.00 tengahari dan meninggal pukul 3 petang.

ermm.. dah tau kan? Itulah kisah ringkas disebalik Good Friday yang umat Kristian peringati setiap tahun.

Tiada ulasan: