Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Rabu, 2 Ogos 2017

Kek Butter Hasil Airtangan Easter

Easter kata nak belajar buat kek. Jadi saya pilih kek butter sebab ianya mudah dan sedap. hehehe.. Pada mulanya nak bakar guna oven atau kukus guna pengukus trio yang baru beli tuuu.. hahaha.. tapi last-last kami masak kek guna PPC je.

Resepi:
1 buku butter 250g (tapi saya bukan guna butter. saya just guna buttercup)
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
4 biji telur ayam
1 cawan gula halus

pukul butter bersama gula sampai kembang. kemudian masukkan telur. pukul sekejap. masukkan tepung dan baking powder. masukkan adunan ke dalam periuk ppc.
Mode : Cake
KPT : 45 minutes
Knob : Bake

Kek masak dengan cantik dalam pot PPC

tunggu sejuk kemudian tahan guna tangan di atas kek dan terbalikkan untuk mengeluarkannya

muka bangga sebab resepi menjadi. hehehehe.. pssst: nampak tak ada trio kat belakang tu?

Isnin, 17 Julai 2017

Semua sudah suratan

Mak mertua masih lagi meratapi kehilangan abang ipar (anak sulungnya). Susah utk dia melupakan. Ya, saya faham.. terlalu sukar untuk dia terima. Suami dia (mendiang ayah mertua) juga meninggal akibat kemalangan. ๐Ÿ˜Ÿ

Tuai rumah Lidong, Betong yg baru ni muda lagi. Anak sulung mendiang TR. Gaie @ Maing. Semoga dia mampu menjadi pemimpin rumah panjang. Pemimpin adat dan menjaga rakyat rumah panjang. Apa yg dia ada sekarang adalah suratan takdir. Tuhan yang menulis semua ini. Bila mak mertua susah hati dan berkata orang takkan kenal Boy.. Saya hanya berdiam diri. Tapi dalam hati saya kata.. Boy diberi amanah berat ini seawal usia dia sekarang. Boy sanggup terima. Bermakna dia bersedia dan dia bakal menjadi pemimpin yang hebat. Semoga kamu berjaya Boy. You can do it!

Sentiasa berhati runsing ๐Ÿ˜Ÿ

TR Gaerddrick Gaie @ Boy

Ahad, 16 Julai 2017

Nasi Goreng Philips Pressure Cooker

Duduk dirumah hanya ditemani Rara dan Mell. Yang lain balik kampung Lidong. Suami kata saya tak perlu ikut sebab kasihan pada Rara yang masih under recovery. Kerap demam.. maybe salah kami yang selalu bawa dia merata tempat. ๐Ÿ˜‘

Bila tiba tengahri. Punyalah rasa malas nak masak. Meggi adalah paling mudah nak masak tapi saya berhasrat kurangkan pengambilan bahan tinggi pengawet. Jadi terpksa masak juga jawabnya. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Dalam pada terasa malas nk masak nasi utk 1 org makan (rara dan mell dah ada nasi lembik masak guna elb).. saya terpandang PPC dan teringat kak Hana Seman update dlm fb dia masak nasi goreng-  KPT 7 minit mode steam guna PPC.. why not? Nampak mudah jugak.

So.. bermula dgn sesi tumbuk bawang, potong bawang bombay, ikan bilis.  

Start memasak on bake fish mode. Tumis bahan2.. dan masa tu baru perasan takde bau belacan. Lupa tumbuk belacan daaaa.. takpa.. masukkan belacan dlm bahan tumis.. then masukkan telur. Kacau2 sampai naik bau. Masukkan beras pula. Kacau sampai bercampur semua. Baru masukkan air. Sukatan air 1 cawan beras : 1 1/2 cawan air. Kacau lagi dan tutup penutup periuk. Off baked mode. On steam/stew mode. Set KPT 7 minit dan on.

Sambil tunggu nasi masak. Saya basuh dan kemas dapur. Siap basuh kemas.. nasi pun masak.

Ya.. rasa nasi goreng ppc tak sesedap nasi goreng atas kuali dapur. Tpi ia sangat mudah disiapkan dan boleh la jadi alas perut mak anak 4 yg lapar. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Nampak tak seketul belacan yg lupa nak tumbuk tadi. Saya tenyeh je. Hahahaha

Masuk beras bersama bahan tumis

Masuk air. Off kan baked mode dan on steam mode KPT 7 minit

Siap utk dimakan. Nasi goreng sukahati namanya



Sabtu, 15 Julai 2017

Sememehnya...

Balik kerja semalam sampai rumah dah pukul 630 petang. Waktu tu kalau di sarawak memang hari dah agak gelap. Kalau kat KL dulu masih boleh main bola sepak di padang. ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„. 

Sampai je kat rumah saya sempat duduk sekejap dan suami suruh packing barang. Nak tidur kat hotel imperial sambil ajak anak2 mandi kolam renang. Huhu.. dulu masa masih stay di Symphony Heights apartment nak mandi kolam setiap hari pun boleh dengan syarat bukan time dorang cuci kolam.

Pendek cerita. Gara2 rushing. Saya sememeh habis. Rambut ikat gulung je. Gambar ni easter ambil ketika kami sekeluarga makan mlm kat Siang-Siang Corner Foodcourt yg berdekatan dengan hotel imperial. Hahahaha.. tgk gambar sendiri baru sedar betapa sememehnya mak anak 4 ni.. bertabahlah.. mak mertua lagi kemas kot. ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„




Rabu, 12 Julai 2017

Review Philips Pressure Cooker

Sekian lama 'mengkaji' perihal pressure cooker yang pada asalnya saya sangat berminat dengan pc Noxxa akhirnya bajet saya cukup untuk mendapatkan seketul noxxa. masalahnya, bila tiba saat nak membeli terasa sayang sangat pada 'duit' yang akan digunakan membeli noxxa. RM700 untuk sebuah periuk? biar betul? (kata suami) ๐Ÿ˜‚

Tiba-tiba pada Mac 2017 aritu Lazada buat sales. Phillips Pressure Cooker (PPC) RM299 + postage ke Kucing RM9. Diulang... postage ke Kuching RM9! ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹ Tanpa banyak fikir, terus masukkan dalam bakul dan bayar. Barang dijangka sampai 2 minggu tapi rupanya tak sampai 3 hari dah sampai. wah!

Perbezaan ketara PPC dengan Noxxa adalah kapasiti. PPC 6 liter manakala Noxxa 8 liter. Kalau beli noxxa banyak yang boleh guide dari segi tips penggunaan dan resepi. Apapun, PPC pun boleh tahan juga. Ada group PPC di FB dan telegram yang dapat beri guide dan banyakkkk resepi boleh dicuba.

Mungkin ada perbezaan dari segi masa juga. Contoh Noxxa boleh masak nasi 7 minit dan PPC masak nasi 13 min.

Dari segi rupa, saya rasa ketara PPC lebih cantik. Betul tak?

So far, PPC dah banyak membantu saya memudahkan kerja di dapur. Nak masak bubur kacang tak perlu susah payah nak rendam berjam. 30minit je dah siap masak bubur kacang. Sama gak kalau nak siapkan mihun (tak perlu rendam bagai). Masak kek pun boleh.

So far sangat berpuas hati dengan PPC ni. Tidak menyesal memilih PPC berbanding dengan pilihan pertama dulu Noxxa.

So why pay more.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚



Rindu Kampung Tungkah Dayak 200%

Minggu ni 15.07.2017 (Sabtu) ada mesyuarat rumah panjang. Kakak ipar selaku setiausaha JKKK kata, YB Dr. Jonical Rayong dah beri hint untuk tidak terlalu lama membiarkan Rumah Panjang Lidong tidak mempunyai Tuai Rumah. Mungkin mesyuarat 15.07.2017 ni akan membincangkan / mengundi siapakah Tuai Rumah Rumah Lidong yang baru.

Rumah Panjang Lidong, Skrang adalah rumah suami saya. Saya suka je nak balik kampung dia. Tapi kalini terasa sayu sebab rindukan kampung sendiri di Kampung Tungkah Dayak. Gawai yang lepas kami tak balik Kg. Tungkah disebabkan abang ipar (Tuai Rumah Maing @ Gaie) meninggal akibat kemalangan jalan raya pada 29.05.2017.

Perasaan rindu pada kampung sendiri kadang-kadang susah nak diselindung. Pernah terfikir untuk balik je tanpa suami. Takut jadi isteri derhaka la pulak. huhu.. maka bertabahlah.. tak berani nak sentuh isu balik kampung Tungkah sebab hati masih pedih dituduh tidak memahami.


Saya yang tidak memahami...

Jumaat, 12 Mei 2017

Majlis Perpisahan Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Serian 2017

Baru beberapa bulan bertugas di sini.
Sangat menyukai bos yang 'berjiwa rakyat' hehehe..
Tiba2 dia di arah untuk bertugas di tempat lain. iskisk...
Bye-bye bos.. Selamat maju jaya di tempat baru.
Saya hanya letak gambar anak2 buah bos yang sibuk wefie.. kehkeh..

Kenal saya lagi tak? lama tak tunjuk muka..